Directioner :D Nora

Pentingkah sebuah persahabatan ?
Tuesday, June 5, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamualaikum daripada cik Azi kita . Hahaa xDD Sorry sorry xDD

Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat penting dan mulia kerana kawan berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah payah dan berkongsi duka bersama kita dan tidak kurang juga kawan yang bersama semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja. Tidak mudah untuk mencari kawan yang betul-betul serasi dengan kamu tetapi ia juga bukanlah suatu yang mustahil.


Hehee , Azi pun ada bestfriend juga :D Korang ada ?
Ehh , sama lah kita .

Kunci dalam persahabatan


1. Bersikap terbuka
Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti kamu supaya kamu mempunyai persamaan tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan kamu.


2. Berbuat baik 
Lakukan yang terbaik terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang lain, orang lain akan menghormati kamu juga.


3. Terima seadanya
Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik .


4. Hargai pendapat satu sama lain 
Kamu mestilah mendengar dan menghargai setiap pendapat rakan kamu walaupun kamu tidak bersetuju dengan apa yang diberitahu olehnya.


5. Jauhi sikap cemburu
Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan kamu mempunyai minat-minat yang lain juga.


6. Komunikasi
Kamunikasi sangat penting, kawan kamu tidak boleh membaca fikiran kamu. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan kamu, berbincang adalah cara terbaik untuk memberitahu kawan apa yang kamu fikirkan.


7. Pendengar yang setia
Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan menjejaskan persahabatan kamu. Kawan yang baik akan membenarkan kamu melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan. Sebagai balasan kamu sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan mereka pula.


8. Saling memberi kemaafan
Sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan diri kamu :D


9. Jangan mengata di belakang kawan
Elakkan dari mengatakan sesuatu yang buruk tentang rakan kamu. Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan perselisihan faham antara kamu dan rakan kamu itu. Jika ada yang tidak kena, cuba berterus terang. Ini lebih baik dari mengata dari belakang.


10. Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada runginya sekali sekala kamu bersikat mengalah. Seperti menonton wayang , kamu sukakan filem seram tetapi dia pula suka filem komedi. Jadi, apalah salahnya sekali sekala kamu yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya.

''Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya'' )HR al-Hakim)

Assalamualaikum . Bye !!


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction