Directioner :D Nora

Rambut sihat idaman semua !
Tuesday, May 29, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Hye , so now kita bincang pasal rambut pulak ye .


Apa itu rambut sihat ?

Rambut yang sihat adalah rambut yang bebas dari sebarang masalah seperti keguguran , kering , berminyak , kasar , bercabang dan sebagainya .Semua orang mahu memiliki rambut yang sihat , cantik dan beralun . Ini kerana rambut adalah mahkota kecantikan . Justeru , semestinya menjadi idaman semua gadis .

Apakah punca sebenar rambut mudah rosak ?

~Kepanasan suhu 
Suhu daripada pengering rambut , pengerinting dan pelurus rambut yang terlalu tinggi dan kerap menyebabkan kerosakan kutikel rambut serta menghilangkan kelembapan rambut.

~Terlalu kerap mencuci rambut
Jika terlalu kerap mencuuci rambut setiap kali kamu mandi akan menyebabkan kehilangan lembapan rambut dan rambut menjadi kering.

~Cara menyikat rambut
Menyikat rambut dengan terlalu kuat dan kerap boleh menyebabkan kecederaan pada kulit kepala lantas membawa keguguran rambut dan kelemumur.

~Cuaca
Sinaran ultraviolet boleh menghilangkan protein rambut lantas merosakkan kutikel rambut. 

~Ikatan rambut
Mengikat rambut terlalu kuat menyebabkan tekanan kepada pangkal rambut dan kulit kepala. Selain itu elakkan mengikat rambut menggunakan gelang getah kerana ia menyebabkan rambut mudah terputus

~Terlalu kurang mencuci rambut
Jika rambut jarang dicuci , rambut akan menjadi berminyak menyebabkan ia senang gugur. Selain itu , kelemumur juga akan muncul menyebabkan kulit kepala gatal dan membawa kesan yang lebih teruk.

Bagaimana ingin mengetahui rambut tidak sihat ?


  • Rambut tidak lagi berkilauan
  • Rambut kelihatan kering
  • Kusut dan sukar diurus
  • Rambut kusam dan bercabang di bahagian hujung rambut 
Cara mengekalkan kecantikan rambut 

  • Cuci rambut sekurang-kurangnya dua kali seharu
  • Amalkan pemakanan yang baik dan berkhasiat
  • Guna syampu dan perapi yang sesuai
  • Minum banyak air
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Pastikan kamu mengikat rambut dengan betul dan sekiranya rambut diikat , ikat dengan kemas dan rapi .
Hee , itu je lah yang Azi nak kongsikan .


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction