Dilema anak tiri
Wednesday, May 23, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Kamu mempunyai ibu atau bapa tiri ? Bagaimanakah perhubungan kamu dengan ibu atau bapa tiri kamu itu ? Adakah kamu selesa bersama mereka ataupun merasakan meraka asalah 'musuh' kamu ?
Buang tanggapan negatif bahawa bapa dan ibu tiri itu 'jahat'
Kamu pernah membaca cerita Snow White ataupun Cinderella. Kisah-kisah dongeng itu banyak bercerita tentang perlakuan ibu tiri yang kejam. Kamu terus memberi tanggapan bahawa jika ada ibu atau bapa tiri maka kamu akan diperlakukan seperti sedemikian. Jangan bersikap begitu kerana setiap manusia tidak dicipta sempurna, masing-masing mempunyai kelemahan. Kita tidak boleh memberi pengadilan awal sebelum mengenali hati budi seseorang itu.
Kenapa wujud tanggapan negatif kepada ibu atau bapa tiri ?
Menurut pakar psikologi, Puan Hawa Rahmat dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

- Kamu membandingkan ibu dan bapa kandung kamu dengan mereka. Kamu harus sedar mereka masih baru dan belum lagi mengenali kamu sepenuhnya. Berilah peluang kepada mereka dan jangan terus menghukum.
- Kamu banyak mendengar cerita atau khabar angin daripada orang tentang sikap ibu atau bapa tiri kamu itu. Jangan begitu, kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.
- Kamu mempunyai adik beradik tiri dan mula berasa iri hati. Cubalah berbaik dengan mereka. Beralah bukan semestinya kalah.
- Kamu masih bersedih dengan kehilangan atau perpisahan yang berlaku pada ibu dan bapa kandung kamu. Kamu menganggap ibu atau bapa tiri kamu sebagai 'perampas'. Tak baik tau, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhani.
Jadilah anak yang baik
- Biarpun mereka adalah ibu atau bapa tiri kamu maka kamu patut menuruti serta mentaati perintah mereka. Hormatilah mereka seperti mana kamu menghormati ibu dan bapa kandung kamu.
- Semua orang suka dibahasakan dengan baik. Kalau anak bercakap dengan baik, tentu hati ibu bapa senang. Berbanding kalau kamu tinggikan suara atau bercakap kasar, itu bermakna kamu menyinggung hati dan perasaan mereka.
- Bantulah mereka selagi kamu terdaya. Janganlah sesekali membantah. Cubalah ambil hati mereka.
- Sentiada tersenyum dan menggembirakan hati mereka. Kamu jangan tunjuk muka tidak suka kamu itu. Setiap api apabila dibalas dengan api maka semakin maraklah jadinya. Oleh itu, sejukkanlah hati kamu.
- Pemberian dari ibu atau bapa tiri jika dihargai membuat hati mereka semakin senang. Mungkin mereka beri sesuatu untuk mengambil hati kamu.
- Sesekali buatlah kejutan yang menggembirakan hati ibu atau bapa tiri kamu. Pasti kamu semakin disayangi.
- Selain mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa kandung kamu, kamu doakan juga untuk ibu atau bapa tiri kamu supaya hidup kamu diberkati.
Mereka ni sudah menjadi pengganti ibu atau bapa kita semasa kita di dunia, jadi sayangilah mereka seperti ibu bapa kandung kita sendiri. Mereka bukan tidak sayangkan kita, cuma mereka tidak tahu bagaimana ingin meluahkannya.
Bye !!

Put your cbox or fibox here. Maximum width 240px :)
Template : 

Dilema anak tiri