10 tip menjadi pelajar cemerlang
Friday, May 25, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Kamu mempunyai impian untuk menjadi salah seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran ?
Yang penting kamu perlu rajin berusaha dan tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh .
Hee , guys . Azi ada 10 tip jadi pelajar cemerlang yang Azi amalkan sendiri :D
Dulu ramai tanya macam mana Azi belajar semua tuh , tapi Azi tak tahu nak bagitahu macam mana .
Jadi , Azi update dekat blog je lah ye :D
1. Kamu perlu khusyuk di dalam kelas semasa cikgu sedang mengajar. Jika tidak faham, angkat sahaja tangan dan minta cikgu terangkan semula . Pasti maklumat itu berguna untuk kamu.
2. Ulangkaji semula nota-nota kamu apabila ada masa lapang.
3. Jangan lupa membuat kerja rumah yang diberi oleh cikgu. Jangan malas kerana kerja rumah cikgu dapat membantu kamu untuk lebih memahami apa yang cikgu ajar di dalam kelas . Ahakkx , Azi pown kadang-2 tk siap kerja rumah juga xD
4. Sentiasa bersedia. Bawa semua benda yang kamu perlukan semasa di dalam kelas seperti buku latihan, pen , pensel, kertas untuk mencatit nota dan sebagainya yang kamu rasakan perlu. *Ehh , kadang-kadang pown Azi tertinggal juga . Hihii >.<
5. Buat satu fail untuk setiap subjek yang kamu belajar. Mudah untuk mencari apabila kamu memerlukannya. Tidaklah nanti kamu kelam kabut mencari kertas yang mungkin telah kamu buang tanpa disedari.
6. Lakukan persediaan awal untuk menghadapi ujian atau peperiksaan. Buat jadual belajar yang efisien supaya ia tidak mengganggu aktiviti ko-kurikulum yang kamu sertai di sekolah.
7. Amalkan sikap membaca kerana membaca dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
8. Jangan malu untuk bertanya kepada guru dan juga kawan-2 tentang perkara berkaitan pelajaran yang kamu tidak faham. Ahli keluarga seperti ayah , ibu , kakak , dan juga abang boleh kamu jadikan rujukan juga dalam hal seperti ini.
9. Gunakan kaedah peta minda untuk sesuatu topik yang susah untuk kamu faham kerana ia amat membantu .
10. Pastikan kamu tidur secukupnya. Tidur yang cukup dapat membantu kamu untuk lebih fokus di dalam kelas .
Selamat berjaya bagi yang akan menduduki peperiksaan UPSR , PMR dan tidak lupa SPM .
Hihikk , yang PBS tu pun jangan lupa study untuk masa depan kita tau .
Belajar bukan kerana peperiksaan , tetapi untuk kehidupan kita . :D
Bye !!
Yang penting kamu perlu rajin berusaha dan tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh .
Hee , guys . Azi ada 10 tip jadi pelajar cemerlang yang Azi amalkan sendiri :D
Dulu ramai tanya macam mana Azi belajar semua tuh , tapi Azi tak tahu nak bagitahu macam mana .
Jadi , Azi update dekat blog je lah ye :D
2. Ulangkaji semula nota-nota kamu apabila ada masa lapang.
4. Sentiasa bersedia. Bawa semua benda yang kamu perlukan semasa di dalam kelas seperti buku latihan, pen , pensel, kertas untuk mencatit nota dan sebagainya yang kamu rasakan perlu. *Ehh , kadang-kadang pown Azi tertinggal juga . Hihii >.<
6. Lakukan persediaan awal untuk menghadapi ujian atau peperiksaan. Buat jadual belajar yang efisien supaya ia tidak mengganggu aktiviti ko-kurikulum yang kamu sertai di sekolah.
8. Jangan malu untuk bertanya kepada guru dan juga kawan-2 tentang perkara berkaitan pelajaran yang kamu tidak faham. Ahli keluarga seperti ayah , ibu , kakak , dan juga abang boleh kamu jadikan rujukan juga dalam hal seperti ini.
10. Pastikan kamu tidur secukupnya. Tidur yang cukup dapat membantu kamu untuk lebih fokus di dalam kelas .
Selamat berjaya bagi yang akan menduduki peperiksaan UPSR , PMR dan tidak lupa SPM .
Hihikk , yang PBS tu pun jangan lupa study untuk masa depan kita tau .
Belajar bukan kerana peperiksaan , tetapi untuk kehidupan kita . :D
Bye !!

Put your cbox or fibox here. Maximum width 240px :)
Template : 


10 tip menjadi pelajar cemerlang