Directioner :D Nora

Wah, seronoknya ada teman siber, tetapi ..
Monday, May 21, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Okay , baca nih tau ;)

Di zaman yang serba maju sekarang ini, pasti kamu semua mempunyai akaun Myspace, Facebook, Twitter dan juga bermacam lagi perkhidmatan khidmat sosial mahupun laman sembang di alam siber. Namun tahukah kamu, dalam keseronokan kamu berkawan di alam siber itu, ada beberapa langkah yang perlu kamu ambil dan ingat supaya tidak akan mendatangkan masalah kepada kamu kelak. Ini kerana tidak semua yang ada di dalam maya itu boleh dipercayai. Pokok pangkalnya 'jangan mudah terpedaya' dan sentiasalah beringat. Jom ikuti langkah-langkah berikut, mungkin boleh membantu kamu.

~ Hati-hati dan bataskan maklumat sulit yang hendak dikongsi
Agak sukar untuk kita menilai keikhlasan dan hati budi rakan yang baru dikenali di dalam alam siber, jadi bagi mengelak dari menjadi mangsa, eloklah berhati-hati dan jangan berkongsi semua maklumat peribadi. Ini untuk kebaikan kamu juga.

~Jangan beri kepercayaan yang penuh
Ini penting kerana di dalam alam siber, ramai cenderung untuk menipu. Jadi kamu perlu selalu berhati-hati dalam menerima dan memberi maklumat . Jangan terlalu mudah percaya dengan kata-kata manis. Ingat sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada gunanya.

~Usah sandarkan harapan yang tinggi
Selalunya berkawan melalui alam siber ini, ramai yang cenderung untuk menipu identiti sebenar. Jadi ada di antara kamu yang mudah terpedaya dan mula menaruh harapan yang tinggi. Hakikatnya ramai yang hampa apabila mengetahui perkara yang sebenar.

~Jaga etika bahasa
Walaupun hanya di alam siber, budi bahasa perlu dijaga. Hormati orang lain dengan tidak berbincang isu yang sensitif atupun yang tidak disenangi oleh teman siber kamu. Selainitu, kamu harus mengelak daripada membincangkan isu isu yang berbau negatif yang boleh mencetuskan pergaduhan. Jika terasa individu yang dilayan mencurigakan , abaikan sahaja.

~Berhati-hati apabila memuat turun gambar
Banyak iktibar yang boleh kita peroleh daripada kes pencerobohan laman web termasuk yang membabitkan penyebaran gambar orang lain. Sehubungan dengan itu, berhati-hatilah! Jangan sesekali memuat turun gambar yang kurang sopan kerana dikhuatiri akan diceroboh mahupun disalah guna.

~Jangan sesekali mendedahkan maklumat sulit
Fikirlah walau seratus kali andai mahu berkongsi maklumat sulit kamu seperti alamat rumah, nombor akaun bank dan nombor telefon kamu kepada kenalan siber kamu. Ini kerana, andai tersebar maklumat sulit ini pasti kamu akan menghadapi masalahkelak. Jadi kamu haruslah lebih berhati-hati dan berwaspada . Selalulah beringat !


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction