Kasih ayah seluas lautan
Monday, May 21, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Hye hye . Semua orang ada bapa kan ?
Jom kita baca entry kali nih :D
Tanda kasih seorang ayah :D
Di mata kamu cuma nampak pengorbanan yang dilakukan oleh ayah hanyalah menyediakan tempat tinggal serta kemudahan yang baik supaya kamu membesar dengan sempurna sahaja.Tanpa disedari kamu tidak menghargai pengorbanan-pengorbanan lain yang selama ini dilakukan olehnya. Tahukan kamu tanggunggjawab sebagai seorang ayah terlalu besar, bukan sahaja mendidik kamu dengan ilmu agama dan menjadi insan yang berguna malah dia melakukan perkara-perkara yang cukup indah untuk dikenang antaranya.
Jom kita baca entry kali nih :D
Tanda kasih seorang ayah :D
Di mata kamu cuma nampak pengorbanan yang dilakukan oleh ayah hanyalah menyediakan tempat tinggal serta kemudahan yang baik supaya kamu membesar dengan sempurna sahaja.Tanpa disedari kamu tidak menghargai pengorbanan-pengorbanan lain yang selama ini dilakukan olehnya. Tahukan kamu tanggunggjawab sebagai seorang ayah terlalu besar, bukan sahaja mendidik kamu dengan ilmu agama dan menjadi insan yang berguna malah dia melakukan perkara-perkara yang cukup indah untuk dikenang antaranya.
- Membawa kamu bersiar-siar di waktu petang sebaik sahaja pulang daripada kerja
- Sayu melihat kamu pergi bermain dengan kawan-kawan kerana ketika itu dia sedar kamu bukan anak kecil lagi
- Ayah mula merencanakan hidup kamu sebelum kamu lahir kedunia. Dia mempunyai pelbagai impian agar kamu menjadi insan yang berjaya.
- Ayah sering membuat impian kamu menjadi kenyataan malah dia sering meyakinkan kamu untuk melakukan perkara yang sukar seperti berenang
- Ayah kamu mungkin tidak tahu jawapan pada satu soalan yang kamu ajukan, tetapi dia berusaha membantu kamu mencari jawapan.
- Perasan tak kamu bahawa ayah kamu tidak ada di dalam album foto keluarga, kerana dia yang selalu menjadi jurufotonya.
- Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tetapi dia sebenarnya tidak akan tidur lena semalaman kerana bimbang kamu memerlukan dirinya.
- Ayah kamu murah hati kerana dia akan melupakan apa yang dia inginkan agar boleh memberikan apa yang kamu inginkan
- Ayah sanggup menghentikan apa saja yang sedang dikerjakannya jika kamu ingin berbicara dengannya.
- Ayah akan berkata ''tanyakan saja pada ibumu'' ketika dia ingin berkata ''tidak''
- Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihat kamu melakukan sesuatu menyamai caranya
Antara perkara yang membuat ayah berkecil hati
- Kamu sering mengadu masalah kamu kepada ibu sedangkan ayah juga berhak untuk mengetahuinya
- Kamu menganggapnya sekadar tempat meminta wang dan bukan untuk bermanja
- Kamu mengeluh dan sering bertangguh apabila dia menyuruh kamu melakukan sesuatu
- Kamu memusnahkan pemberiannya apabila dia menegur perbuatan kamu yang salah
- Kamu lebih suka menghabiskan masa bersama teman-teman daripada berbual dengannya
- Kamu mempersiakan harapan yang diimpikan apabila gagal dalam pelajaran biarpun kemudahan dan keperluan kamu telah dipenuhi
Bagaimana menghargai jasa ayah ?
- Menurut katanya dan sering mendoakan kesejahteraanya
- Sentiasa melakukan kebaikan agar ayah kamu berasa tenang dan bersyukur mempunyai anak seperti kamu
- Mendengar nasihat dan menerima teguran dengan hati yang terbuka
- Membalas jasanya dengan melakukan perkara yang boleh membanggakannya seperti berjaya dalam pelajaran
- Ringan tulang dan tidak membiarkannya berada dalam kesusahan
- Menggembirakannya dengan melakukan perkara yang dia suka
- Meraikan hari lahir dan hari bapa sebagai menghargai pengorbanannya
Sebagai kesimpulan, kepada kamu semua ketika ayah kamu masih ada inilah kamu harus menghargainya. Lakukan yang terbaik supaya ayah kamu sentiasa tersenyum dan bersyukur dikurniakan anak yang beriman, cemerlang dalam pelajaran serta menjadi insan yang berguna. Percayalah, doa restu dari ayah akan memberi cahaya kepada kehidupan kamu kini dan selamanya.


Put your cbox or fibox here. Maximum width 240px :)
Template : 


Kasih ayah seluas lautan