Directioner :D Nora

'Hiperhidrosis' penyebab rasa kurang selesa
Monday, May 21, 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamualaikum , hari ini Azi akan share tentang hiperhidrosis . :D

Apakah itu Hiperhidrosis ?


Hiperhidrosis adalah masalah perpeluhan tidak normal yang biasanya berlaku pada empat bahagian utama iaitu muka , ketiak (aksilari( , tangan (palmar) dan kaki (plantar). Bahagian ini akan mengalami masalah peluh berlebihan sehingga boleh menitis.

Faktor penyebab Hiperhidrosis


Penyebab penyakit Hiperhidrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat.

Tanda-tanda dan gejala Hiperhidrosis termasuk :
  • Sering berpeluh secara berlebihan hingga membasahi pakaian
  • Peluh banyak keluar pada bahagian tapak tangan, kaki, ketiak, kepala dan wajah
  • Keluar peluh secara berlebihan apabila dalam keadaan gementar dan berdebar
Jenis-jenis Hiperhidrosis

Hiperhidrosis dibahagikan kepada dua jenis iaitu primer dan sekunder
Hiperhidrosis primer adalah yang tidak diketahui puncanya.
Hiperhidrosis sekunder disebabkan penyakit lain seperti hipertiroirdisme, kencing manis, tuberkulosis (batuk kering), limfoma, obesiti, kehamilan serta menopause.

Kesan Hiperhidrosis :

Hiperhidrosis tidak dikategorikan sebagai penyakit berbahaya, tetapi ia boleh menyebabkan gangguan psikolohi kepada penghidapnya. Terlalu banyak berpeluh,terutama pada muka, tapak tangan, ketiak dan kaki boleh mengganggu kehidupan seseorang kerana ia menimbulkan rasa tidak selesa, malu, kurang yakin dan rendah diri untuk berdepan dengan masyarakat.

Cara merawat Hiperhidrosis Kesan sampingan

- Ubat sapu antiperspirant
Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan pemakaian perlu diulang kerana ia hanya bersifat sementara. Bagi pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan.

-Suntikan
Bertujuan mengurangkan aktiviti saraf simpathetik. Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.

-Pembedahan
Pembedahan invasif minimum melalui VAIS (Video Assisted Thoracoscopy Surgery) paling berkesan dan selamat. Mengambil masa sekitar satu jam. Kejayaan hampir 100%. Luka pembedahan hanya sebesar 5 milimiter hingga 1 sentimeter.dd

Kesan sampingan

Kemungkinan untuk mengalami kesan sampingan sekitar satu hingga tiga peratus sahaja dan kesakitan yang berlaku biasanya disebabkan pembedahan. Ia berlaku lebih kurang dua minggu dan hanya bersifat sementara.




Thanks for reading :)




. Newer Post


// Forever Young-One Direction